Cuaca yang kejap panas dan selalunya hujan ini membuatkan perut seolah sedang masuk rancangan VOICE@ MENTOR@FENOMANIA....menyanyi terus!
Entah apa lagi yang hendak dimasak kalau di dapur tu stok barangan makannya belum ada sesiapa yang sempat hendak mengisinya.
Raba sana raba sini....cik June terjumpa dengan sebungkus ikan terubuk masin yang diberi oleh anakanda Iwan dan Ida yang pulang bercuti ke Kuching baru-baru ini. Eee...tak kan nak makan nasi dengan ikan masin terubuk ni aje? Mesti nak kena ada sayur lemak atau apa sahaja yang seangkatan dengannya yang dapat membangkitkan selera, kan?
Terubuk Masin...Salawak mali lorh! |
Maka dengan rajinnya cik June potong kecil dan digoreng garing dan dimasukkan ke dalam sambal tumis menggantikan ikan bilis. Anak-anak cik June kurang gemar dengan ikan bilis yang dijadikan sambal tumis.
Sambal Tumis Ikan Terubuk Masin... |
Tahukah anak-anak ikan terubuk ini sejenis ikan yang mempunyai banyak tulang yang rapat dan halus? Jika mata kurang terang dan kepada anak-anak yang kurang sifat sabarnya itu...sila abaikan sahaja ikan ini kerana bimbang tercekik tulang.
Siap masak cik June hantar mesej dekat Adik........
Cik June ---> Adik:
Tolong singgah Tesco...beli kobis, kcg pjg.
Bekalan sayur dah habis...
Tak sanggup nak menunggu adik balik, cik June belasah sepinggan dulu.
Burp! Alhamdulillah. Lepas itu rancangan untuk sambung menulis semua tak jadi kerana cik June nampak huruf macam berlapis tujuh. Hujan-hujan ni tarik kusyen lagi sedap....Zzzzzzz
Selamat menjamu selera.... |
Pon! Pon! Hon kereta si Adik mengejutkan cik June yang termamai kekenyangan.
"Ma! Perut adik dah nyanyi lagu Micheal Jackson tau?" katanya elok dia keluar dari perut kereta. "Malu adik dengan abang team leader yang jaga bahagian Fresh tu."
"Kenapa pulak?"
"Kuat bunyi perut adik, abang tu boleh dengarlah ma..."
Cik June jeling dia seratus lapan puluh darjah. "Kenapa tak pergi makan?"
"Kawan adik hari ni tak datang, adik tak ada geng nak ke Cafe tu," jawabnya sambil menonong kedapur membawa barangan yang cik June pesan tadi.
Moral of the story.....Kalau dah lapar makan ajelah...tak kira lauk apa pun, kan? Hehehe
No comments:
Post a Comment