Semalam kita orang tiga beranak berbual tentang loghat penduduk di Malaysia ini. Si Adik bertanya......
"Mama pandai cakap loghat Kelantan macam Pak Uteh?"
Ha! Adik ipar cik June orang dari
Dalam berborak, mengajuk segala bahasa yang diketahui, tiba-tiba masuk bab makan pula. Maka timbullah cerita Laksam ini. Serta merta tekak teringin memakannya. Nak cari terus boleh makan tu memang mustahil melainkan kena keluar mencari di 'Laksa Shack'. Di restoran atau warung-warung terdekat di Setia Alam ni, tidak ada ye anak-anak, mintak ampun dan maaf.
Nasib baik cik June pernah beberapa kali membuatnya hasil dari tunjuk ajar seorang teman semasa cik June tinggal berjiran dengan beliau di Bukit Pasir, Muar dahulu.
Thank You Nooraini Mohamed....jasamu dikenang!
Laksam... |
Dengan bahan-bahan yang ada di dapur, cik June terus memulakan projek mengukus Mi Laksam...
LAKSAM...
Sumber: Kompilasi Majalah Karangkraf
Bahan untuk mi laksam...
200 gm tepung beras
40 gm tepung gandum
3/4 sudu teh garam
600 ml air
Cara...........
1. Kacau tepung beras bersama dengan tepung gandum, garam dan air sehingga larut dan sebati.
2. Sapukan loyang dengan minyak. Tuangkan bancuhan tepung membentuk lapisan nipis dan kukus 2-3 minit.
3. Angkat dan gulung ketika masih panas. Lakukan sehingga adunan habis dan ketepikan.
Bahan untuk kuah...
500 gm ikan kembung ~ direbus, ambil isinya dan dikisar.
2 liter santan
3 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah *
1 cm halia *
2 sudu teh lada hitam * ( bertanda * bahan utk dikisar )
Cara..........
1. Didihkan isi ikan, santan, bahan kisar dan asam keping. Kacau selalu.
2. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Renihkan hingga pekat dan sedia untuk dihidang.
Bahan hiasan...
10 batang kacang panjang
6 tangkai daun kesum
1 labu bawang besar
1 biji timun
20 gm taugeh
dan
sambal belacan
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan curahkan kuahnya. Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment