Tuesday, May 1, 2012

Ayam Kurma...

Assalamualaikum to all............

Hari ni cik June masak yang senang ajelah. Cuaca panas yang melanda bulan ini menyebabkan tidak selesa duduk di dapur lama-lama. Ayamnya dah siap digoreng, cadang nak masak sambal aje tapi nak kena kisar lada kering la pulak. Lagipun...panas-panas ni mana sesuai makan pedas-pedas, kan?




Kita masak Ayam Kurma ajelah. Kalau nak pedas, boleh dimakan dengan sambal belacan yang memang ada stok dalam esbok tu. Jadi di sini cuma kena tambahkan ubi kentang sahaja. Tapi cik June tambahkan lobak merah yang tinggal sebatang tu, kesian dia sensorang dalam esbok tak ada kawan nak dilawan dijadikan sayur. Kebetulan cili hijau di laman tu pun kemain mengeluarkan buah yang lebat pulak.

Kali ini buahnya tidak mahu menjadi merah. Bila cukup panjang dan besar sahaja, ia mula jatuh ke tanah. Mungkin benih dari cili hijau juga agaknya. Pokok yang dulu tu elok aje boleh mengeluarkan cili merah.

Baiklah, kepada anak-anak yang ingin membuatnya....jom salin resipi di bawah.........

AYAM KURMA...
Bahan-bahannya.......
1 ekor ayam
1 litre santan
3 susu besar rempah kurma
2 keping asam gelugur
3 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
beberapa batang cili hijau/merah

Bahan kisar........
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 biji buah keras

Bahan penumis........
2 kuntuk bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Cara membuatnya..........
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bahan penumis diikuti dengan bahan kisar. Biarkan ia berbau wangi sambil dikacau sebati.
2. Masukkan pula rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga keluar minyak.
3. Masukkan pula ayam. Dibalik-balikkan sehingga bergaul rata dengan rempah. Biarkan ia merenih sehingga sedikit kering airnya.
4. Masukkan pula santan, kentang dan lobak merah.
5. Apabila kentang dan lobak merah mulai empuk, masukkan asam keping.
6. Tambah perisa. Rasa masam manisnya dan akhir sekali masukkan lada hijau.



Cik June dan Inche Somi memang berbeza tekak, ibarat langit dan bumi kerana dia amat gemarkan makanan pedas yang boleh mengundang air mata, hidung dan sebagainya. Sedangkan cik June yang ada gastrik ni, memang pantang tersentuh pedas...mulalah karang jadi penghuni tetap bilik termenung tu.

Satu hari.... pertama kali dia menegur cik June semasa awal perkahwinan kami, cik June menjawab juga....

"Ala...sesekali, makan ajelah. Asyik nak pedas aje," tegur cik June padanya ketika itu bila dia mula hilang selera makan.

"Macam kerbau makan rumput aje....apa ada rasa?" menjawab dia tak mau kalah.

Cik June rasa nak gelak guling-guling. Ada dia samakan dengan kerbau?

"What?" Inche Somi kalau marah mula keluar cakap London.

"Nothing," cik June pun cakap London juga sambil berlalu ke dapur.... "nanti I buatkan sambal belacan kejap!" sahut cik June dari dapur takut memandang wajah cemberutnya.

Semenjak dari itu kalau teringin nak makan Ayam Kurma, cik June pastikan ada sambal belacan yang mengiringi resipi ini.



Hah! Nampak tu....kena ada sambal belacan. Baru laju dia makan..............




Jom kita makan dulu!



No comments:

Post a Comment