Sungguh bijaksana tukang masak dulu sehingga kini nama itu terus digunakan cuma dipelbagaikan rupanya sahaja.
Versi tradisional..... |
Cik June cadang nak menjala dengan warna pink dan hijau tapi si Adik cakap, "...eee...tak seleranya nak makan roti jala warna warni ni..."
Haizz!! Banyak songehlah dia ni. Apa salahnya? Cik June suka aje nanti bila masuk dalam blog nampak berseri sikit.
Maka cik June batalkan niat untuk menjala warna-warni dan diteruskan ajelah dengan warna tradisional dan ternyata dia berselera dengan warna itu dan makanannya pun gerenti habis. Itu yang penting, kan?
Jom! Kita menjala pulak hari ni...........
Kepada anak-anak yang ingin mencuba, di bawah ini cik June sertakan resipi turun temurun.
ROTI JALA ~ dari dapur cik June
Bahan-bahannya...
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
sedikit pewarna kuning
Cara menyediakannya....
....Kisar bahan-bahan di atas sehingga rata dan halus. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika kelihatan cair, tambah sedikit tepung gandum dan jika pekat pula, tambahkan dengan sedikit air.
2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan Roti Jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
4. Biarkan masak sehingga keperangan dan lipat ikut gaya kesukaan masing-masing.
5. Ulang langkah 3-4 hingga habis adunan tepung.
6. Dihidang bersama kuah kari atau sambal tumis.
Setiap kali memasak kari, tidak kiralah kari ayam, daging atau ikan, anak-anak cik June mesti akan mengatakan, "...pergh! Kalau ada Roti Jala ni sedap."
Memang sedap sesekali beralih kepada makanan selain nasi dan jika ada sambal tumis tambah ngam gitu.
Sehingga berjumpa lagi, Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment