Hari ini kita bersiaran dengan Bingka Keledek. Muahaha....gelak guling-guling kalau blogger masak otai dengar tajuk N3 cik June. Orang sibuk dengan Bingka Labu, dia nak buat bingka juga. Tapi Cik June tak tak kisahlah....cik June tak ada labu, jadi digantikan dengan keledek. Pandai-pandailah adjust...kita yang buat dia.
Biasanya kalau buat tu main campak-campak dan agak-agak aje (orang lama la katakan). Tapi kerana nak dijadikan N3, terpaksalah cik June sukat juga. Hasilnya mewah....dengan satu adunan, cik June dapat 24 biji bingka yang kecil-kecil menggunakan acuan muffin dan sangat memuaskan hati.
Tengok!
Comel aje, kan? |
Berikut...adalah resipi cik June jika ada sesiapa yang mahu mencuba.
BINGKA KELEDEK ~ dari dapur cik June
Bahan-bahannya...
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan gula
secubit garam
1/2 cawan susu sejat
1 camca teh esen vanila
2 cawan santan
2 camca besar majerin/minyak sapi
2 cawan keledek ~ didadu dan direbus/kukus hingga empuk
bijan untuk ditabur atas permukaan kuih
Cara menyediakannya...
1. Masukkan kesemua bahan kecuali keledek dan bijan ke dalam blender dan kisar ~ adunan akan menjadi lebih halus dan sebati.
2. Masukkan keledek yang telah direbus/kukus tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
Proses pembikinan........ |
3. Tuang ke dalam loyang/acuan yang telah digris. Taburkan sedikit bijan ke atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar 160 darjah Celcius selama 45 minit hingga 1 jam ~ mengikut saiz acuan dan ketuhar.
5. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Amek kaw! 24 biji kesemuanya.
Jom kita minum dulu............
Bukan setakat sarapan...boleh untuk minum petang juga. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment