Aktiviti hujung minggu bersama cucu yang baru mahu membesar. Asyik menonton channel 618 Baby TV, Hana Sofya kini gemar bermain masak-masak. Lagu......
'baby chef....baby chef....
cooking is a lot of fun.....
baby chef....baby chef....
fun for everyone!'
Kuih Lapis 'Twinkle'.... |
Hana suka segala benda yang berbentuk 'twinkle' (bintang)...jadi kita akan buatkan kuih yang berbentuk bintang bersamanya di dapur cik June, jom!
...rasa Hana, dah cukup ke manisnya? |
Kebetulan cik June sedang membuat Kuih Lapis hari ini untuk buat minum petang, maka dapatlah Hana membantu sama di dapur.
Yang sudah siap tadi dipotong dan diterap dengan acuan berbentuk bintang...hehehe...sukanya dia!
Anak-anak yang hendak cuba membuatnya, sila semak resipi mudah cik June yang bakal diwarisi oleh Hana Sofya.
KUIH LAPIS...
Bahan-bahannya...
5 cawan santan
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kanji/jagung/ubi
secubit garam
1 sudu teh esen ros
Cara membuatnya....
1. Larutkan gula pasir di dalam bekas berisi santan.
2. Tuangkan ke dalam bekas tepung beras yang bercampur dengan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
3. Taburkan secubit garam. Tapis dan bahagi dua bahagian yang sama banyak. Cik June dapat 1200 ml untuk adunan ini dan dibahagi dua. Warnakan sebahagian dengan warna merah dan letakkan dengan esen ros.
4. Kukus sebanyak 200 ml untuk setiap lapis selama 7 minit sebelum dilapis lagi sehingga habis. Perlu dilap tutup pengukus setiap kali melapis agar air kukusan tidak menitis di atas kuih.
5. Sejukkan sebelum dipotong.
Sesuai utk sambutan harijadi juga.... |
Akhirnya....Hana happy sambil nyanyi lagu kanak-kanak yang femes iaitu 'Twinkle Twinkle Little Star' dan cik June juga happy kerana dia suka makan kuih ini.....
Cantik kan? |
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment