Cewah! Tajuk kemain lagi....speaking London.
Tu la semalam kisahnya dekat Setia Alam ni ada pembukaan shopping kompleks terbaru dan terkini. Cik June kalau naik basikal pun boleh sampai sebab lagi senang hendak menyelinap di deretan kereta yang banyak macam tak pernah pergi shopping pulak dia orang ni. Tapi kang kalau nak basikal....dah beli barang, nak disumbat kat mana pulak? Maka cik June redah jugalah kesibukan itu dan dengan gigihnya berpusing beberapa kali mencari tempat parkir.
Ingatkan buat di Setia Alam ni, untuk kesenangan kami penduduk di sinilah, kan? Rupanya.....mak ai! Pertama kali cik June tengok kereta yang banyak di Setia Alam ini dari segala penjuru jalan berderet menunggu lampu isyarat mengatakan YES! Terpaksalah mereka menyediakan bantuan dari pasukan RELA di dalam memudahkan dan membantu kereta keluar masuk ke tempat membeli belah ini.
...gambar yg sempat dirakam dari dlm kereta je... |
Cik June yang bercadang hendak membeli barangan dapur, terpaksa membatalkan niat dan berpatah balik ke kedai yang berhampiran rumah kerana barisan yang panjang di kaunter bayaran. Kalau nak pergi ronda-ronda aje bolehlah....itupun kalau tak ada kerja yang menunggu di rumah, kan?
....di Urban Fresh.... |
Makanya cik June tadi sudah menerap adunan tart tinggal diisi dengan intinya sahaja. Eh? Dah nak raya ke? Mana ada! Cuma semalam tu cik June mengemas esbok, jumpa sebekas jem nanas yang masih elok lagi. Jadi cik June panaskan kembali dan verangan untuk dijadikan biskut boleh makan waktu nonton Hindustan hari Sabtu nanti..hehehe
Jadi sebelum bergerak pulang, cik June sempat singgah di Krispy Kreme....
Krispy Kreme yg enak.... |
Saja je beli buat alas perut di rumah nanti. Lagipun dah payah-payah keluar tadi, tak sedap pulak balik lenggang kangkong. Kalau donut biasa tu di Tesco depan rumah tu pun ada...Krispy Kreme ni pula, kalau nak makan kena ke Sunway. Untunglah sekarang ini boleh dibeli di Setia City Mall yang berhampiran dengan rumah. Syukur alhamdulillah dengan kemudahan yang telah Allah berikan, Amin.
...kulit tart... |
Hah!! Nampak yang dah siap berterap tu? Cik June yang sudah sampai di rumah tadi terus menyinsing lengan menyambung kerja yang tertangguh. Sekarang ini membuatnya mudah...terap aje dah siap berbunga tepinya. Zaman cik June mula-mula buat dulu, kuih ni nak kena bersepit tepi-tepinya. Kemain lama nak menenyiapkan satu adunan tart...dahlah tu, adunannya pula lembut kerana menggunakan butter. Sekarang ni kalau malas juga....memang tak tahu nak dimasukkan dalam kategori apa agaknya. Jem nanas juga sudah dijual di super-supermarket...tak payah nak memarut nanas hingga hancur jari. Makanya kita semua ni bila nak sambut raya tu yang rajin sangat nak buat macam-macam.
...cara mudah yg cik June gunakan... |
Adunannya yang lembut agak payah hendak dicanai. Jika dicanai lebar, harus sama menabur tepung ke permukaan adunan apabila hendak diterap. Jika tidak, adunan tadi mudah pula melekat pada acuan. Jika asyik ditabur dengan tepung nanti adunan akan jadi terkeras pula.....maka cik June guna cara mudah cik June. Lagipun kalau setakat buat satu adunan, memang cik June buat sensorang aje....melainkan semasa menerima tempahan, barulah cik June memerlukan kakitangan lain untuk mengisi intinya dan menyapukan kuning telur ke sekelilingnya.
Jika anak-anak sudi untuk mencuba, di bawah ini cik June sediakan resipinya.......
TART NANAS....
menghasilkan 85 biji tart....
Bahan-bahannya.....
250 gm butter
1 biji kuning telur
Tepung secukupnya
.......Pukul perlahan butter dengan kuning telur. Masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan tart.
3. Isi intinya dan sapu keliling dengan kuning telur.
4. Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 15 minit.
Ini adalah hasil dari resipi yang cik June gunakan sejak dari mula menjinakkan diri ke dapur pada usia 15 tahun. Emak cik June pula, kalau anaknya rajin masuk ke dapur, memang dia lepas tangan. Kemudian dia akan jadi juri masak....ada yang tak kena, tadah ajelah telinga...sebab dia selalu bandingkan dirinya yang pernah melalui hidup susah. Air yang harus diangkat dari perigi dan kayu yang harus dicari untuk memasak.
"Korang ni sekarang dah senang sangat, petik-petik dapur dah keluar api. Bukak paip keluar air, itu pun malas juga!"
Mujur cik June ni dilahirkan jadi seorang yang ringan tulang...hehehe...*kes masuk bakul naik lif*. Macam hari inilah....lepas meronda ke Setia City Mall, cik June masih sempat buat tart. Tak cukup dengan cara yang biasa, cik June cuba 'Tart Munge' yang cik June jumpa di dapur Azlita Masam Manis. Anak-anak boleh jengah ke dapur beliau untuk melihat hasil kerjatangan beliau membuat 'Tart Bunga'. Terima kasih Ita...suku dari adunan tadi akak try buat macam Ita....tadaaa........
Tart Munge...yg nampak comot tu kerana disapu dgn kuning telur.... |
Cik June memang suka warnakan jem itu dengan warna merah. Jika adunan asli yang berwarna kuning butter itu, naik sikitlah serinya *konon*. Maka terhasillah dua bentuk tart dari adunan yang sama. Muahaha....*sangat suka nih!* Rasa nak jerit pada emak yang nun berada di selatan tanah air memberitahu bahawa anaknya sangat rajin. Jika dekat akan ku hantarkan sebalang untuk sambutan Hari Ibu...lap U Mak!
Tart biasa dan tart munge, menggunakan adunan yg sama.... |
Jomlah! Nak try yang mana satu....rasanya sama je.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment