Sunday, May 6, 2012

Putu Mayam...

Assalamualaikum to all............

Pagi ni entah macam mana sedang cik June merajinkan diri mengemas laman, cik June terdengar bunyi yang sudah lama tidak didengari. Cik June panjangkan leher menyibuk ingin tahu apakah gerangan yang menggunakan bunyi yang sama yang sinonim dengan lubang telinga cik June itu.

Maka dengan bangganya lelaki bermotosikal yang melintas lalu di hadapan rumah itu tersenyum menyeringai menampakkan giginya yang lebih putih dari tuannya.

Adoyai! Lama sungguh cik June tidak makan Putu Mayam yang dahulunya senang diperolehi semasa kami tinggal di kelompok masyarakat Hindu.

Dengan gigihnya cik June menahan motosikal tersebut dengan mendepangkan sebelah tangan gaya polis trafik....mujur aje tak tiup wisel suruh dia berhenti.

Dah penat-penat bekerja, tak kan nak ke dapur membuat sarapan pula? Haruslah berterima kasih dengan abang yang menjual Putu Mayam tadi kerana telah menyelamatkan keadaan.

"Dari mana ni?" tanya cik June ramah waktu dia sibuk mengisi kelapa parut dan gula merah ke dalam plastik.

"Kampung Jawa," jawabnya perlahan.

Mungkin malu hendak menyebut Jawa itu. Apa ada hal? Untung tau kalau pandai berbahasa Jawa kerana kalau dia ke hospital Tanjung Karang, sudah tentu dia tidak mengalami masalah dengan papan tanda yang diletakkan di sekeliling hospital tersebut kerana mereka memang menulisnya dalam bahasa Jawa.

Alhamdulillah....dapatlah cik June mengalas perut sementara menunggu untuk ke dapur memasak juadah tengahari pula.


Putu Mayam....

...dimakan bersama gula merah dan kelapa parut...


...dengan satu mug Nescafe panas...

Waduh! Nyamannya..........








No comments:

Post a Comment