Friday, November 4, 2011

Masak Lemak Nenas....

Assalamualaikum to all.........


Tak ada yang special untuk dibuat tayangan...tapi cik June masukkan jugalah masakan kampung
yang mudah ini. Dah jemu makan Nasi Minyak aje beberapa minggu ni sejak masuk musim kenduri
kahwin. Tekak nak makan lauk-lauk kampung pulak.

Intai sana intai sini...jumpalah stock musim hujan ni..........
Tulang Ikan Kurau Kering........
Wah! Sedap masak lemak cili api campur dengan nenas waktu hujan-hujan ni kan? Jom kita terus ke
dapur. Lihat apa bahan yang kita perlukan...............


Beberapa biji cili padi...bawang putih & bawang merah......

Satu kotak santan atau satu biji kelapa......

Cara menyediakannya............


Kisar cili api, bawang putih, bawang merah dan sedikit kunyit. Masak bersama dengan nenas yang
siap dipotong kecil.

Nenas yg siap dipotong kecil..........
Jika menggunakan kelapa parut, masukkan dulu santan cair. Tapi jika menggunakan santan kotak,
masak nenas dan bahan kisar dengan 2 kotak air dari 1 kotak santan tadi bersama tulang ikan kurau
kering sehingga nenas lembut.

Kemudian, bolehlah masukkan santan pekat tadi. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau
selalu. Rasa asam garamnya kerana ikan kering tadi sudah sedia masin manakala nenas tadi ada masam
manisnya.

Yg telah siap dimasak.........

Mudah kan? Selamat Mencuba!



2 comments:

  1. Junie

    Salam aidiladha to you & family too dear..
    Thanks for visiting me ;) appreciate it! ni ai lagi tunggang langgang jadi mcgyver pi repair that sink pipe thingy!! tak der pipe @ sink susah ooooo!!! now at least ada something resembling a pipe! ahaksss...ni la ai selain baking bule jugak jadi mcgyver pi repair apa yg patut...

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 stopping by Yat.Boleh ku terlepas pandang komen U dlm kesibukan menyambut Raya Kurban.Salute U with your bakat semulajadi.Hope everything's gonna be ok by raya...so U can membaking dan menjellos dgn mudahnya.

    ReplyDelete