Tuesday, January 15, 2013

Ikan Goreng Berlado...

Assalamualaikum to all....

Hadoi! Lama sungguh cik June tak update N3 masak, kan? Itulah...di rumah cik June ni memang payah nak dapat ambil gambar menu yang dimasak kerana cik June macam orang kat restoran atau warung tu...bila nak makan baru masak. Jadi setiap kali siap memasak, tak sempat nak dirakam gambarnya apatah lagi hendak dihias...

Cik June mohon maaf di atas kekecewaan anak-anak yang datang berkunjung ke dapur maya Cik June ini. Semasa Cik June melayan Facebook, terpandang resipi dari Chef Joha Hassan di grup Chef Dapor Sendiri yang menayangkan menu Ikan Goreng Berlado.  

Resipi ini dikatakan berasal dari Padang, Indonesia. Nampak mudah dan menyelerakan jika dimakan dengan nasi yang masih panas. Terliur Cik June melihatnya. Serta merta teringatkan seorang teman Cik June yang sering masak lauk sebegini...



Ikan Goreng Berlado...


Kalau sekali pandang, ia menyerupai ikan masak sambal seperti yang digemari oleh anak-anak Cik June. Tetapi resipi ini menggunakan cili hidup berbanding dengan masak sambal yang menggunakan cili kering.

Oleh kerana Cik June ada stok cili hidup yang dibeli di Pasar Malam baru-baru ini, maka Cik June gagahkan diri untuk mencuba resipi dari Chef Joha Hassan yang Cik June perolehi di laman Chef Dapor Sendiri. Terima kasih Chef Joha Hassan dari Singapura yang sudi berkongsi resipi mudah ini.

Jika anak-anak ingin mencubanya, di bawah ini telah Cik June kopipes resipinya..........

IKAN GORENG BERLADO
Sumber: Chef Joha Hassan


Bahan2nya
2 potongan ikan ikut cita rasa, (Ikan merah, kerisi) digaulkan dengan kunyit, garam dan cili kisar di goreng dan ditepikan
5 batang cili merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inch belachan yang di sanggar
Tumbuk bahan2 di atas kasar
1 biji buah tomato - di potong dadu2
2 biji limau kasturi/calamansi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Ikan yang sudah di goreng hingga masak di tepikan. Letak sedikit minyak di kuali, letakan rencah2 ang di tumbuk, goreng na hingga ia wangi dan kering. Letakan ikan yang sudah digoreng gaulkan rata2 supaya sebati. Letakan tomato dadu, garam dan gula secukup rasa gaulkan. Sajikan panas2 dengan nasi panas, perahkan jus limau kasturi ikut citarasa. Sajikan bersama lauk pauk lain, seperti lemak sayur kobis..




Hah! Macam mana anak-anak? Kalau mengikut resipi Che Joha Hassan tu, sambalnya harus dimasak sehingga garing dan kering. Tetapi Cik June minta maaf terlebih dahulu kerana untuk resipi yang sama ini Cik June adakan sedikit kuah kerana Cik June hidangkan dengan sayur goreng sahaja. 

Mudah-mudahan selepas ini Cik June mampu mengupdate N3 dengan resipi-resipi mudah yang lain pula buat kita kongsi bersama.

Salam sayang dan Selamat Mencuba!


2 comments:

  1. teruja sangat ngan resipi ni. Hari ni mesti try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Roszeeaisyshah...

      Maaf...cik June terlepas pandang dengan komen dari anda...maklumlah dah lama tak masuk ke dapur maya ini.

      Cubalah ye? InsyaAllah...resipi ini memang mudah dan nyaman rasanya...hehehe

      Delete