Monday, April 22, 2013

Mak bz yunk...

Assalamualaikum to all...

Adoyai anak-anak sekalian, cik June ni patut tak payah nak berblog masaklah, kan? Semenjak kelahiran novel CINTA SAMBAL BELACAN ini, cik June belum lagi berkesempatan untuk mengisi satu N3 pun. 

Sekarang ini anak dara cik June dua beradik tu sedang menjinakkan diri ke dapur kerana maknya sedang sangat bz. Hendak ditutup PRACTICE MAKES PERFECT ini, tak diberinya pula kerana resipi-resipi mudah dari cik June itu dapat mereka belek semula jika cik June tinggalkan mereka dengan tugasan cik June mempromosi novel terbaru itu.

Hendak dikatakan hebat tu memang tidak dapat menandingi novel omputih pun, tetapi sambutan yang hangat untuk kali ini seakan menaikkan semangat untuk menulis yang terbaik itu bertambah-tambah pula. Apatah lagi bila melihat Editor Kanan senyum sampai telinga. *:D big grin

Memang jarang masak di rumah sekarang ni kerana tiada penghuni tetap, rumah tu macam hotel je. Jadi kita orang biasanya akan berjumpa waktu makan tengahari di...


di Kenny Rogers... Tesco Setia Alam...hehehe


Fullhouse Setia City Mall...

Tempat yang paling mudah untuk berjumpa, tentulah di Tesco Setia Alam kerana kakak bekerja di situ. Atau on the way balik tu pergi drive thru' KFC aje untuk lebih mudah. *^O^||3 eat

Tapi bila waktu malam tu cik June masak yang simple-simple je la sebab kami berkumpul pada waktu malam. 

Menu malam yang senang dan sering dimasak berulang kali adalah mihun soto dan nasi ayam. Di dalam rumah cik June ni ada peminat tegar ayam. Dalam keadaan yang sedikit kelam kabut, ikan jarang dibeli kerana proses menyediakannya itu agak cerewet. Lainlah kalau ikan merah, tenggiri atau yang seangkatan dengannya. 

Kalau nak makan ikan, kena tunggu hujung-hujung minggu, boleh makan dalam suasana yang rileks sambil mengutip tulang-tulangnya seperti ikan parang yang menjadi kegemaran cik June. Adoi... terliur pulak teringatkan ikan parang yang dimasak asam pedas atau asam rebus yang dimasukkan bersama daun kesom dan kacang bendir.

Lama sungguh cik June tidak menjadi tukang masak sebenar seperti yang dilakukan tatkala anak-anak masih kecil dan tinggal di bawah ketiak lagi. Apatah lagi bila Encik Somi juga telah tiada, maka urusan masak-memasak itu tidak menjadi tugasan utama lagi.  *:( sad

Kadang-kadang cik June kagum dengan Mat Gebu yang tidak berhenti memasukkan N3 di blog Dapur Tanpa Sempadannya walau hanya masakan yang simple-simple. Cik June pula sering terlupa untuk merakamkan menu yang telah dimasak untuk dijadikan N3. Hadoi! *#-o d'oh!

Walau bagaimanapun... cik June masih bangga kerana PRACTICE MAKES PERFECT ini masih ada pengunjungnya. Terima kasih daun keladi, bila-bila senang, singgahlah lagi *:x lovestruck





No comments:

Post a Comment