Tuesday, July 26, 2011

Nasi Lemak...


Salam & morning.........

Kita masih bersiaran dari dapur  Huda Rahman di Brisbane. Beberapa bahan tak kami temui
tapi kami rasa untuk merasa bersarapan Nasi Lemak di waktu pagi
sepertimana ketika berada di Malaysia
tidak la menjadi satu masalah.

Dengan menggunakan santan kotak yang berjenama KARA yang kami temui di sebuah
kedai runcit yang menjual barangan runcit dari Asia...
kami mampu menyediakan ala kadar.

Tanpa daun pandan...Nasi Lemak itu dimasak dengan hirisan halia sahaja.
Timun pula kami menggunakan 'Zuchinni'.
Rendang ayam...tanpa kelapa parut sepertimana yang mudah kita perolehi di tempat sendiri...
'dessicated coconut' itu disangai hingga keperangan dan diblender untuk
dijadikan kerisik.

Tanpa ikan bilis untuk sambal tumis..kami gantikan dengan telur.

Walaaa....akhirnya kami berjaya bersarapan Nasi Lemak.

Pesan Kak June: Penyediaannya sama sahaja...cuma kena pandai
menggantikan dengan apa yang diperolehi di situ.

No comments:

Post a Comment