Wednesday, July 27, 2011

Siput sedut...


Salam & morning....

N3 kali ini sebagai selingan sahaja  untuk mengisi ruang kosong dan untuk tidak menghampakan
pengunjung blogku yang amat aku hargai yang tak berapa kerat ini.
Dikesempatan ini juga nak ku rakamkan rasa terima kasih atas
kesudian Secubit Garam untuk berkunjung ke baby blog ku ini.
Terima Kasih Nor...akak dah lama follow blog Nor menerusi Kongsi Resepi yang akak
layari setiap kali mencari idea untuk memasak.
Dari situ akak temui beberapa blog masakan lain yang tuan rumahnya
sangat peramah dan mesra orangnya.
Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu memasak kalian.

Berbalik pada selingan di atas...cerita mengenai hari terakhir ku di Brisbane yang dihabiskan
di Wellington Point.
Pagi itu air lautnya surut dan di kejauhan ternampak sebuah pulau kecil yang dikenali
dengan nama KING ISLAND.
Ajaibnya... semasa air surut, kita boleh ke sana dengan hanya berjalan kaki sahaja....dan dikatakan
juga bahawa air sesurut itu bukan sering berlaku.
Nampak gayanya memang nak dijadikan rezeki pada hari itu...
ku yang datang (mungkin sekali seumur hidup) itu diberikan pengalaman
meneroka lautan untuk sampai ke pulau tersebut klik sini...

Perhatikan apa yang kalian nampak di situ?





Hah! Tu dia...
Tapi jari-jari ku tak la segemuks itu ye...minta maaf bebanyak.
Cuma nak tunjuk contoh sebab masa datang tadi tak pulak bawak ruler/pembaris nak
mengukur akan kebesaran siput sedut yang terdapat
di Wellington Point ini.
"Ni kalau kutip dua puluh ekor pun dah penuh periuk masak lemak cili api dengan
batang keladi.." ceritaku pada DIL.
DIL ku tak banyak cakap...kalau kita gelak tergolek...gelak dia hanya dia seorang sahaja
yang mendengarnya.

Sekian...wassalam.

Pesan Kak June: Be careful in letting go of the things U thought are just nothing.

No comments:

Post a Comment