Cik June update ajelah N3 yang tak semenggah ni kerana mungkin untuk 2-3 hari ini cik June akan ke majlis kenduri kahwin di Johor, Maka dapur cik June tutup buat sementara waktu. Maaf ye anak-anak...kita akan bersiaran mulai Selasa depan, insyaAllah.
Jadi untuk hari ini cik June buat Spaghetti Bolognaise kerana bahan-bahan itu merupakan stok akhir dan sesuai pula menjadi santapan untuk sarapan pagi dan menu tengahari nanti.
Hei! Tak sabar rasanya hendak bertemu dengan orang tersayang ni. Kalau diikutkan bukan jauh sangat pun, tetapi urusan kehidupan setiap hari itu tidak memudahkan kami untuk sering bertemu.
"Akak!" cik June jerit dari tingkat bawah.
Tinggal di rumah bertingkat dengan penghuninya yang hanya 2-3 kerat ni memang nak kena jadi emak Tarzan. Siapa yang rajin nak menapak mengira mata tangga tu berkali-kali sehari?
Eee...cik June kalau siang memang solat pun di bilik bawah aje. Mau tanggal kepala lutut ni asyik turun naik, turun naik.
"Ye saya!" Si Kakak pun sama menjerit menyahut panggilan cik June.
"Baju-baju yang nak dibawak esok, siapkan dalam beg dari malam ni...esok mama jemput di tempat kerja tu, kita terus gerak," arah cik June memberitahu tentang jadual perjalanan kami sebab akak masih berkerja hari ini, dia ambil cuti hari Isnin. Sekurang-kurangnya kalau sampai semula ke sini malam Ahad itu, tidaklah dia berebut-rebut hendak ke pejabat Isnin nanti, kan?
"Yes ma'am!" jawabnya dari tingkat atas. Entah mengejek entah serius tu, wallahualam.
Kebetulan sekarang ini anak-anak yang bersekolah sedang bercuti, maka kesempatan itu diambil untuk berjumpa sahabat handai dan saudara mara. Memang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, jadi cik June akan singgah di beberapa tempat yang sehala perjalanannya. Mudah-mudahan kami selamat pergi dan selamat juga kembali. Semoga perjalanan kami nanti dilindungi oleh Allah SWT dari segala mara bahaya. Amin!
Menu mudah hari ini merupakan menu ulangtayang, maka cik June rasa tidak perlulah disertakan dengan resipinya lagi. Lagipun cik June sibuk hendak menyiapkan kerja-kerja rumah kerana ada 5 ekor kucing yang bakal cik June tinggalkan. Kita jamu mata ajelah ye anak-anak?
Bahan-bahan utama.... |
Mudah aje membuatnya...sekarang ini si Adik pun dah pandai. Itu yang cik June beritahu anak-anak, memasak ni nak kena buat selalu bertepatan dengan nama blog cik June ni 'Practice Makes Perfect' tak gitu?
Sosnya tu, kena pandai kita nak imbangkan rasanya. Memang ianya banyak menggunakan tomato puree, tapi tekak Melayu ni kurang sikit dengan makanan yang masam-masam. Maka...bolehlah dikurangkan dan kita lebihkan daging cincang agar nampak pekat sosnya. Jika suka pedas, semasa menumis tadi boleh juga dimasukkan dengan sesenduk dua cili kisar selain penggunaan serbuk lada hitam. Cik June pula suka imbangkan dengan sedikit gula dan nampaknya anak-anak suka dengan resipi cik June itu. Di dalam sos itu pula boleh dimasukkan dengan beberapa batang sosej selain cendawan butang dan bebola daging. 'Ala... kita yang buat dia'.
Sehingga berjumpa lagi....tata!
No comments:
Post a Comment