Sunday, August 28, 2011

Buffet Ramadhan.........

Sepetang bersama Hana Sofya di TGCR..........


Salam Ramadhan to all................


"Adik, akak....hari ni jangan nak koner sana koner sini...terus balik umah aje."
"Nape?" Salah sorang dah buat muka pelik.
"Abang Long cakap hari ni dia nak belanja buffet Ramadhan."
"Ala....berbuka petang karang kan....lambat lagi...no hal."
"Isy! Dia cakap nak kena gerak awak sikit...karang kalau jalan jam...macam mana?"
"Nak berbuka kat mana tu...siap ada jalan jam ni?"
"Siapa lambat...tinggal. Mama tak masak kat umah." Berapa banyak tanya da....orang dah nak 
belanja dah cukup untung. Aku pun malas nak menyerak dapur sebab pagi tadi dah kemas bersih.


Ni la dia tempat yg dimaksudkan....
terletak di Kota Damansara.....
Dari Setia Alam ikut lebuhraya NKVE ke tol Kota Damansara RM2.70....tak jauh la.....terus aje 
cuma bila dah keluar tol tu ada koner sana koner sini aje.......


Hah! ambik engkau....
nak sangat makan 'kambing sula' kan?


Kak! Makan untuk sahur terus tau?


Cukup ke tu, Dik?...mana nasinya? Kat umah tak masak ni....


Makan la sampai pengsan pun....
ada aku kisah?

Segala bagai kuih-muih dari yg lama sampai yg moden.....

Air tebu, ABC or Teh Tarik.........
kita orang pilih kat Golfer's Terrace sebab tak de protokol kat sini...

Apa dia?
Belum jamah 'kambing sula'?
Hah! Korang pergi la...mama dah tak larat ni....

Begitu la kisah ku pada tanggal 27 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 27 Ogos 2011. Kalau dah
berbuka di luar tu macam mana nak masukkan resepinya kan? Maka itu pada pengunjung blog...
mohon dimaafkan kerana tiada resepi untuk N3 ini.

Pesan Kak June: Why do you stay in prison when the door is wide open?

No comments:

Post a Comment