Salam 20 Ramadhan to all.........
Ting! Tong! Ting! Tong!...loceng tembok rumah ku bising berbunyi ditekan siapa entah pepagi hari
ni. Tak tau ke orang tadi bangun bersahur berjaga tunggu sampai masuk solat Subuh?
Adoyai!!
Pastu ....... Tok! Tok! Tok! ...Bunyi ketukan di pintu dapur........
"Assalamualaikum! Oi Mak cik!! Dapur tak berasap ni...cuti lagi ke?"
Pontang panting aku terjun dari katil...."Wargh!!" Rasa nak menangis aku dibuat si mimpi gara-gara
tak update blog masak-masak dah hampir seminggu. Bersalah betul rasanya bila dah ada followers
tapi bila mereka pulang dengan perasaan hampa, kan? Paling malu sekali dengan Nor67 Secubit
Garam tu la...datang dari jauh-jauh...dapur tuan rumah tak berasap pulak...manjang je cuti.
Berbanding dengan dapur Azlita Masam Manis & CMG@ DTS...pergh! dia orang ni pagi petang
siang malam asyik memasak je...dua tiga hari ni pulak dah mula mengukis...
"I'm sorry!" Aku terus buat muka comel tiru gaya Amir Raja Lawak. Tak pe...hari ni ada Pasar
Malam di Setia Alam yang dikatakan Pasar Malam terpanjang dalam Malaysia ke hapa... aku akan
berusaha mencari bahan-bahan kering dan basah untuk memasak...walaupun aku sekarang ni dah
tinggal sendirian mengalahkan nenek kebayan. Patut duduk Pondok Indah je...boleh aku masuk hutan
cari akar-akar kayu....mana tau Sultan Johor panggil kerja kat istana ke? Huisy! Ada hati.....
Kita declare cuti dari dapur Setia Impian buat sementara mencari idea memasak dan mencari bahannya ye...camera pun dah lama tak ber'cas'.
Pesan Kak June: Promises are made to be granted and not to be broken.......sowie ar!
No comments:
Post a Comment