Monday, August 22, 2011

Iftar?...ala kadar je...

Salam 22 Ramadhan to all..........


Aku berchatting dengan Angah yang nun jauh di Brisbane sana....

Angah > mama x start ke dapur lagi?
Mama > baru kol 3...lepas Asar karang baru start...
Angah > kita orang dah dekat nak berbuka ni...
Mama > eee...awalnya? ~ terlupa perbezaan waktu  ~
Angah > sini dah nak masuk maghrib la ma...
Mama > ooo...ye kan...lupa pulak.... pastu aku teringat nak tanya... berbuka apa hari ni?
Angah > simple2 je...x larat pun nak makan mewah2...teringat orang kat Somalia sana tengah 
              kebuluran.
Mama > bagus la kalau ingat mcm tu...kita kat sini nanti mati kekenyangan...dia org sana mati 
              kebuluran.


Kebetulan aku baru ikut segmen 'Santai bersama Ben Ashaari' Saya Sokong Tabung Kemanusiaan 
Somalia IRM...klik sini
Kalau kalian pengunjung blog lihat gambar-gambar berikut....memang tak lalu nak makan.
Sama-sama kita saksikan............










Untuk mengingati mereka-mereka yang sedang dalam krisis kebuluran di Somalia ini...aku puasakan
sekejap N3 menu makanan berbuka. Kepada rakan-rakan yang terlepas pandang pada rencana ini...
ku paparkan buat tontonan dan tidak secara langsung menginsafkan diri kita dan bersyukur kepada
Allah SWT yang tidak terhingga kerana bumi kita Malaysia...masih mewah dengan makanan dan kita
tidak perlu menderita sedemikian rupa.



Rintihan rakyat Somalia





KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata.
Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.
“Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
“Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir,” luah Sainab dalam nada bergetar.
Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.
“Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.
Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.



Pesan Kak June: Stop complaining. Really examine your complaints. Most likely...they are not
                          about other people or other things. They are about YOU!


No comments:

Post a Comment