Ya ampun!! Percaya ke tidak, cik June di serang denggi?
Patutlah demamnya macam air pasang surut, kejap lega dan petang tu naik balik panas badannya. Cik June dah mula demam sejak berada di rumah Emak di Kluang Johor, tapi digagahkan juga untuk balik bila sampai masa anak datang menjemput.
Di rumah Emak, anak Lela sudahpun tolong mengurut satu badan kerana cik June sangka cik June kena demam urat dok memasak kenduri aje.
Sampai di rumah, demamnya naik balik. Maka anak cik June membawa cik cik June ke klinik untuk dibuat pemeriksaan apabila setelah berurut di Manjakaki yang bertempat di Tesco itu masih belum nampak perubahannya.
....rotinya di bakar garing... |
Di Poliklinik Shaik, Kota Kemuning pula, doktor yang memeriksa serta merta memeriksa tekanan darah dan mengambil sedikit sample darah dan mengesahkan cik June ada kencing manis dengan bacaan 10.1. Adoyai! Banyaklah pulak pantangnya...itu tak boleh, ini tak boleh....habis tu tak payah makan ke?
Akibat kekurangan gula dalam badan, cik June rebah tengahari itu dan menyebabkan anak cik June membawa cik June ke KPJ, Shah Alam dan di situ pula mereka mengambil sample darah setelah diberitahu bahawa cik June sudah demam hampir seminggu lamanya.
"Mak cik baring sana, kena drip ni...dah dehydrated," kata doktor yang memeriksa. Hampir habis sebotol air masuk ke badan, baru rasa pening-pening lalat itu hilang dan doktor datang lagi mengesahkan sample darah yang diambil tadi positif denggi. Gila! Nyamuk aedes mana yang berani sangat ni? Dari Kluang atau dari Setia Alam?
Wah!! Cik June serta merta di tahan di wad, katil 424 hari itu. Mujur dipanjangkan umur dan akhirnya setelah beberapa botol masuk ke badan beserta dengan ubat yang diperlukan, cik June dibenarkan pulang. Entah hari apa masuk, entah hari apa keluar, cik June hilang ditelan masa. Ternyata itu sebagai satu peringatan dari Allah SWT...cik June anggap ia sebagai penghapus dosa kerana mungkin asyik terleka.
Badan masaih rasa terhoyong hayang, tekak pun belum berapa sedap nak makan. Automatik...kalau tukang masak tak berapa nak sihat, dapur pun kurang berasap. anak-anak cik June suruh aje makan di kantin sekolah/pejabat kalau nak sedap. Manakala cik June makan ajelah apa yang terasa sedap di tekak. Tiada ubat yang dibekalkan cuma Doktor Hamidah tu pesan 'jaga pemakanan'. TQ doc!
Untuk menu hari ini dari dapur cik June...sambil tutup mata pun boleh buat, paling mudah dan ringkas...
Wholemeal Tuna Sandwich...
Roti wholemeal itu di bakar garing dan di sapu dengan Tuna Mayonaise yang boleh dibeli di kedai dan lapiskan dengan salad, tomato dan timun. Sesekali tu sedap juga ala-ala di Starbucks. Lawan dengan Nescafe panas yang ditarik tinggi dan berbuih di atasnya....mak ai!
Cubalah!
P/s: Abaikan yang ada garisan putih tu...
No comments:
Post a Comment