Alhamdulillah....empat hari sudah kita berpuasa dan baru inilah kali pertama di dalam bulan Ramadan cik June dapat update blog tempat cik June mencurah dan menyimpan jurnal. Namun dapat ditatap oleh sesiapa yang sudi mengintainya.
Sejak awal Ramadan memang cik June tak berkesempatan kerana masaknya dah hujung-hujung hari. Bila masuk waktu berbuka sahaja, masing-masing sudah menyudu....macam mana hendak dirakam gambarnya? Hehehe...tak apalah kan? Nak dibuat macam mana?
Di bulan puasa, sudah menjadi kelaziman kami jarang terus berbuka dengan nasi. Anak-anak mahukan inilah, itulah dan nasi hanya akan dimakan semasa bersahur nanti. Untuk menu hari keempat Ramadan ini, cik June masakkan Sizzling Yee Mee.
Sizzling Yee Mee ala cik June.... |
Kita yang buat dia, suka hatilah nak letak apa, berapa banyak yang kita suka kerana makan di rumah kan? Anak cik June tak sukakan sawi biasa kerana menurut mereka yang itu pahit sikit rasanya. Maka bila masak di rumah, cik June ubah dengan sawi Jepun yang pendek-pendek tu.
"Nak letak telur tak?"
"Tak nak!" serentak mereka menjawab.
Alhamdulillah...selamat telur-telur di dalam esbok tu. Boleh dijadikan bahan untuk menu-menu yang lain atau paling tidak pun kalau terlajak tidur waktu sahur nanti, boleh digoreng jadikan telur mata kerbau/lembu.
Anak-anak cik June memang expert menyepit...kalah orang Cina |
Semalam si Kakak balik dengan sepeket isi durian. Mak ai! Baunya aje dah sampai ke dapur, walhal orangnya baru je menutup pintu kereta di depan rumah.
"Ma! Ada orang bagi akak durian..." katannya bangga.
"Hah! Orang mana tu?" cik June sergah dia...sapa yg baik hati sangat nak bagi percuma ni kalau tak ada makna?
"Ala...staf Tesco tu la..."
"Simpan la dulu...esok mama buat Bubur Kacang. Makan mentah nanti demam," saja cik June takutkan. Karang dia belasah habis sepeket tu pulak. Makanya cik June kalau makan mentah, kureng sikit. Kalau dicampur dengan Bubur Kacang atau dibuat Serawa, memang berulang makannya. Apatah lagi kalau sudah disimpan di dalam esbok tu. Pergh!
Inilah hasil durian yg dibawa pulang oleh si Kakak semalam.... |
Untuk Bubur Kacang Durian ni, tak payahlah cik June salin resipinya ya? Cik June share resipi Sizzling Yee Mee ini sahaja kerana resipi ini memang belum pernah tersimpan di dalam blog ini. Untuk anak-anak yang ingin membuatnya, jom salin........
SIZZLING YEE MEE...
Bahan-bahannya...
Yee Mee secukupnya. ~ boleh dicelur dahulu jika suka. anak-anak cik June gemarkan begitu sahaja.
Di sini cik June nyatakan bahan asas sahaja. Jika masak ikut keperluan.
Bawang putih
Cendawan ~ boleh di dapati di kedai runcit dlm bentuk kering. Rendam sebelum digunakan.
Daging ayam ~ dipotong kecil-kecil.
Sedikit cili kering ~ digunting serong
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap cair
Halia ~ diketuk
Lada hitam ~ ditumbuk kasar
Air secukupnya
Tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Minyak utk menumis
Sayur sawi ~dicelur
Lobak merah & telur ~ jika suka
Cara menyediakannya:
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia.
2. Masukkan ayam dan digoreng sekejap.
3. Masukkan air, kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kacau rata dan rasa masam manisnya.
4. Masukkan cendawan, bancuhan tepung jagung dan lada hitam.
5. Biarkan kuah mendidih dan ayam tadi cukup masak.
6. Semasa menghidang, siram kuah di atas yee mee dan pecahkan telur ke atasnya.
Cendawan...merupakan bahan penting dlm menu ini.... |
Jom berbuka gaya mudah.... |
Selamat Berbuka Puasa & Bon Appetit!
No comments:
Post a Comment