Seperti semua sedia maklum, cuti penggal persekolahan sudah pun bermula di seluruh Malaysia ini. Alhamdulillah! Senang sikit para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah itu kerana tidaklah sibuk bersilat pagi-pagi untuk menyiapkan anak-anak dengan pakaian sekolah mereka mana hendak menyediakan sarapan dan bekal lagi...isy...isy...isy! Memang cik June salute para ibu yang mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi itu. Penat gila beb, wa cakap lu!
Tapi menurut adik-adik cik June, waktu cuti ni lagi haru apatah lagi kena musim tengkujuh. Gila ar! Lapar memanjang....
Tak kering kuku dibuatnya, kalau pinggan mangkuk tu boleh bercakap, mau dah disumpahnya. Kalau peti ais tu boleh bergerak, dah lama dia lari menyorok kerana tidak tahan asyik dibuka tutup tidak berhenti. Ya ampun!
Cik June telah pun melepasi saat itu, tapi kalau anak cik June sepuluh orang, senaman aerobik tanpa sedar itu sudah pasti masih berjalan lagi. Hehehe.....
Walaubagaimanapun....Tuhan itu Maha Adil. InsyaAllah, usaha ibu bapa itu akan membuahkan hasil yang lumayan apabila anak-anak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan melalui keputusan peperiksaan mereka. Yang UPSR dapat 5A. PMR dapat 8A dan yang SPM pula dengan 10A. Pergh!! Rasa nak terbang melayang-layang di udara, kan?
Maka itu bagi anak-anak yang sedang mendudukki peperiksaan SPM mereka pada tahun ini, buatlah sehabis baik, agar usaha ibubapa melayan kerenah kalian mendapat pulangan yang lumayan di kemudian hari nanti. Kami sebagai ibu bapa hanya tumpang seronok sahaja dan bangga kerana mempunyai anak-anak yang cerdik dan pandai. Siapa yang tak suka, cer cerita?
Oo ye! Nampak tak wajah baru blog masak cik June ni? Hehehe...ini adalah hasil sentuhan anak sedara cik June Liesa Azemi. Oleh kerana dia pun sedang bercuti sekolah, maka cik June minta dia buat kerja sikit...kalau tak tentu dia melahu tak tau nak buat apa selain menonton, makan dan Zzzzzzz!
Sebagai permulaan, cik June isi dengan N3 pertama ini yang rupa nak tak nak jadinya. Ini dessert tengahari, hari minggu lepas semasa anak cik June datang bertandang. Sambil-sambil memasak hidangan tengahari, cik June buat sekali. Toleh kiri toleh kanan, raba sana raba sini semua bahannya ada, jadi cik June godek-godek dan jadilah Apple Puff ini........
Apple Puff........ |
Sekarang ini semuanya mudah...pastrynya cik June beli siap. Tinggal buatkan intinya sahaja. Bagi anak-anak yang ingin mencubanya, di bawah ini cik June sertakan dengan resipinya yang cik June perolehi dari SINI. Terima kasih kepada empunya blog yang sudi berkongsi resipi mudah ini.
APPLE PUFF
Source: hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- *3 biji epel - buang kulit dan potong dadu kecil
- *2 sudu makan gula perang
- *1/2 sk serbuk cinnamon
- Pastry puff secukupnya
- Kuning telur - utk sapuan dan gam
- Panaskan kuali. Satukan bahan inti * dan masak sebentar di atas api kecil hingga epel masak. Ketepikan.
- Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
- Ambil pastry, potong ikut suka sama size @ terap menggunakan cutter utk hasil yang lebih cantik.
- Ambil sekeping pastry kelar bentuk bunga. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur keliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.
- Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - kebiasaan hana bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.
- Sejukkan di atas redai.
Resipi di atas, cik June kopipes dari blog beliau untuk rujukan anak-anak. Terima kasih Hana kerana sudi berkongsi resipi yang mudah ini.
Lebih sedap jika dimakan ketika masih panas-panas lagi. Alhamdulillah! Dapat juga jadi bahan kudapan cik June yang sedang sibuk membuat penambahan pada novel yang bakal terbit bulan Februari nanti. Tunggu akan kelahiran novel kedua cik June nanti ye?
Kepada anak-anak sekelian, sudi-sudikanlah mencuba resipi mudah ini. Kepada mereka yang tidak gemarkan inti manis, anak-anak boleh isikan dengan inti sardin/daging atau ayam juga. Bentuk dan rupa, ikut kreativiti masing-masing. Apa ada hal....kita yang buat dia, kan?
Okeylah...cik June suka nak akhiri dengan pantun dua kerat ni...
Gendang gendut tali kecapi.....
Kenyang perut suka hati! Muahahaha.......
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment