Hujan-hujan ni laparrrrr aje, kan? Korang cik June tak taulah...tapi perut cik June ni macam-macam rentak lagu yang keluar. Waktu pagi masih sempat dengar lagu Najwa Latif ~ Kosong. Bila buat donno aje sampai nak masuk waktu makan tengahari, keluar lagu Sleeq feat. Najwa Latif ~ Untuk Dia.
"Kuatkan radio...kuatkan radio..." tapi telinga cik June dengar "bukalah periuk....bukalah periuk..." Hadoi! Pening palak..." kata cucu cik June yang pandai berbahasa Sarawak kerana mommy dia orang Sarawak.
Hana Sofya... |
Di rumah ni cik June masak ala-ala aje...untuk mengalas perut. Nak dijadikan N3 pun segan. Tapi Kuih Siput ni cik June masukkan juga kerana resipinya masih belum ada lagi disimpan di dalam blog ini.
Cik June dan si Adik yang tengah cuti sem, duduk melengkar menghadap drama Korea tengahari itu. Sekarang ni kami tengah follow cerita Soeyoung, my daughter dengan The Innocent Man. Cik June memang tidak pandai duduk melahu kosong macam tu aje. Sekurang-kurangnya tangan hendak juga berjalan membuat kerja. Orang biasa dok menulislah katakan... Maka tengahari itu terhasillah Kuih Siput ini..........
Kuih Siput utk kudapan...... |
Semasa menonton drama Korea, jari jemari kami ligat menekan kuih siput. Senang betul membuatnya.
"Hai! Mama ni tak boleh orang senang," rungut Adik yang dipaksa membantu supaya cepat siap.
"Bukan suruh berlari keliling kampung pun, sambil duduk aje," balas cik June pula. "...habis nak minta tolong dengan siapa lagi? Iera? Ieja? Niena?" Habis semua nama anak sedara cik June di Johor sana cik June sebut satu persatu.
Marahlah tu...cadang nak bawak dia berjalan ke Legoland tak kesampaian memandangkan musim hujan dan kawan cik June yang berada di area sana cakap tempat tu masih belum lagi siap sepenuhnya. Rugi je kalau datang dari jauh-jauh tu. Hek eleh! Propa je lebih dia orang ni, kan?
Akhirnya, dengan kerja yang paksa rela itu, siap jugalah Kuih Siput kami tengahari itu. Di bawah ini cik June sertakan resipi kalau anak-anak yang sedang bercuti sekolah ini hendak membuatnya sebagai bahan kudapan semasa menonton TV.
KUIH SIPUT
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
200 gm marjerin
200 ml santan
2 sudu makan serbuk cili
2 biji telur
2 sudu makan jintan manis + sepelepah daun kari + 1/2 cawan udang kering (dimesin halus)
1 cawan bawang goreng (ramas)
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas besar dan diuli perlahan sehingga menjadi doh yang diperlukan.
2. Ambil secubit dan ditekan di atas acuan kuih siput. Seeloknya dilakukan di dalam sebuah dulang yang besar agar kuih itu tidak melekat antara satu sama lain sebelum digoreng.
3. Simpan di dalam bekas kedap udara bersama daun kari setelah gorengan sejuk sepenuhnya.
Tadaaaa.........
Dah siap pun, senang aje kan? Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment