Monday, November 14, 2011

Burger Kampung...

Assalamualaikum to all.......


Ekoran dari Cucur Bom Manis hari itu...si Adik seolah mencabar cik June pulak. 


"Dah macam pau yang inti sambal tu la..." katanya setelah mencolek sebiji cucur dengan sambal tumis
bilis. "....mama pandai tak buat pau sambal tu?"

Cik June yang sedang menulis di meja makan memberi jelingan maut padanya. Ambek kau! Ada dia 
tanya orang tua yang dah banyak makan garam yang kerjanya suri rumah sepenuh masa ni? Cakap 
aje la nak suruh buat, kan? 


Tapi jauh di dalam hati memikir juga. Kalau buatkan pau tadi bagus juga....isikan sambal tumis, 
timun dan tomato. Tentu tak payah masak untuk makan malam...penyediaannya juga lebih kurang 
aje...cuma kalau pau ni lebih kurang bancuhan donut dan roti. 


Maka N3 kali ni kita belajar membuat Pau Sambal atau lebih dikenali dengan gelaran Burger 
Kampung kerana berintikan sambal tumis.


Jom anak-anak kita ke dapur cik June.................


BAHAN YG DIPERLUKAN...
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis 
1/4 cawan air suam
1 cawan susu segar
3 sudu makan gula halus
1 biji telur
2 sudu makan mentega
secubit garam & minyak utk menggoreng


CARA MEMBUATNYA...
1. Campurkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula daripada 3 sudu makan tadi. Biar hingga 
    berbuih.
2. Tuangkan yis yang telah berbuih tadi ke dalam mangkuk besar yang berisi campuran susu, gula, 
    garam, telur dan mentega. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul terus hingga membentuk doh. Uli sehingga 
    permukaan doh menjadi licin dan tidak lagi melekat di tangan.
4. Tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan naik dua kali ganda.
5. Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai dan canai pada ketebalan 1/2 inci. 


....dicanai....


...diterap & ditutup dgn tuala kering & direhatkan lagi 30 minit...


Goreng dengan api perlahan hingga kuning keemasan. Oo ye....cik June gunakan yis ni....





Jom! Kita minum dulu........


Belah dua utk diisikan dgn.....


....sambal tumis bilis....


...bersama hirisan tomato....
...boleh juga diletakkan dgn telur...


Sesuai dengan hirisan timun...tapi cik June dah kehabisan stok timun. Apa-apa yang ada je la...semua tu 
atas kepandaian daya imaginasi kita untuk menjadikan sesuatu makanan itu sedap dimakan....dah nama 
pun Burger Kampung..tak kan nak diletak cheese pulak. 


Salam dari Sprinkleofluv..... SELAMAT MENCUBA!



2 comments:

  1. Aslmkm Cik June. Maceh singgah blog Along ya. Anak2 Along suka sgt roti goreng hidang dgn sambal ni...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Terima kasih juga atas lawatan Along ke sini.

    ReplyDelete