Resepi ini ekoran dari menu simple untuk orang yang tidak berselera. Dekat seminggu cik June tak jumpa nasi tau? Tapi bila ingatkan ikan merah dua keping yang tersimpan itu sayang pula jika nanti rasanya sudah berubah menjadi tawar kerana disimpan terlalu lama.
Sepagian cik June bergolek ke kiri dan ke kanan mencari idea apa yang sesuai dijadikan bahan makanan yang dapat membuka selera. Badan memang tengah malas-malas lagi, kalau hendak masak dua tiga lauk memang 'tak dapeklah'.
Maka cik June lebur aje sayur yang dimasak ala acar itu di atas ikan merah yang digoreng. Hehehe...
Inilah hasilnya...acar ikan merah... |
Dasar pemalas kan? Tapi ngam sungguhlah kena dengan nasi panas yang dimasak sedikit lembik. Laju aje ia menuruni tekak yang cerewet itu tadi.
Kalau anak-anak hendak mencubanya...cer lihat bahan yang diperlukan.
ACAR IKAN...
Bahan yang diperlukan...
Ikan ~ dilumur garam & kunyit & digoreng.
Lobak merah
Timun & segala macam sayuran yang sesuai untuk dibuat acar
Bawang besar ~ dipotong bulat
Halia ~ dimayang
Bawang putih ~ dititik
Lada benggala/lada merah/cili api
1/2 cawan sos cili
2 camca besar cuka
3 sudu besar gula
secubit garam
Cara membuatnya...
1. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan sos cili, cuka dan gula. Gaul rata.
2. Masukkan sayuran dan bawang besar tadi. Gaul rata.
3. Rasakan asam garamnya. Jika mahukan berkuah, tambahkan sedikit air.
4. Bila sayuran empuk, tutup api.
5. Curah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
6. Makan dengan nasi panas.
Sungguh menyelerakan... |
No comments:
Post a Comment