Jom jamu mata.... |
Dah lama cik June nak buat muffin pisang ni. Tapi setiap kali ada sesisir pisang
di rumah memang tak sempat nak dibuat apa-apa pun kerana anak-anak gemar makan
begitu sahaja. Kalau nak makan muffin pisang kena beli...tapi sebenarnya bukan payah
sangat membuatnya dan ia juga tidak memerlukan banyak pisang untuk menghasilkan
sebanyak 12 biji muffin.
Cik June ambil resepi dari CMG yang famous sebagai salah seorang blogger masakan.
Anak-anak bolehlah ke blog beliau melihat hasil air tangannya.
Jom layan apa bahan yang diperlukan...
MUFFIN PISANG...
Sumber diperolehi dari CMG
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp garam
3 biji pisang emas ~ dilecek + sedikit garam
1 tbsp mayo
1 biji telur
beberapa titik esen pisang
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan mentega cair/minyak jagung
Cara membuatnya...
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang & mayo. Kacau rata dengan whisk
hingga sebati.
3. Masukkan pisang lecek, minyak jagung/mentega cair dan esen pisang. Kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate.
Gaul pantas hingga sebati.
5. Sudukan ke dalam bekas muffin sebanyak 3/4 penuh.
6. Bakar selama 25 minit. ( Oven cik June cuma memerlukan masa selama 15 minit
sahaja)
Sejukkan atas jaringan.
...cik June taburkan dgn chocolate rice sebelum dibakar... |
Tadaaaa....sedia utk dimakan....... |
Practice Makes Perfect...cubalah!
No comments:
Post a Comment