Apa khabar semua agaknya ye? Cik June baru je kebah dari demam yang meleret-leret hingga berminggu lamanya. Demamnya kejap aje...tapi tekak mengada tu yang membawa badan jadi malas. Bila tak ada selera tu automatik masak pun malas. Itu tak suka...ini tak mahu...
Tapi tiba-tiba tekak tu teringin nak makan Bubur/Pengat Nangka pulak. Mujurlah ada dijual di supermarket dalam kuantiti yang sesuai untuk cik June sorang. Alhamdulillah!
Bubur/Pengat Nangka... |
Bukan nak makan banyak mana pun...tapi kalau dah teringin tu kena buat juga. Maka terhasillah bubur/pengat yang simple ini. Adoyai! Bahagianya setelah mendapat apa yang dimahukan si tekak ini. Resepinya mudah sahaja anak-anak. Kalau ada yang mahu mencuba, cer tengok apa bahan yang diperlukan.
BUBUR/PENGAT NANGKA..
Bahan-bahannya..
6 ulas isi nangka ~ dihiris
2 helai daun pandan ~ dicuci & disimpul
1/2 cawan sagu biji ~ direndam sekejap
200 ml santan kotak
400 ml air
1/2 cawan gula pasir ~ boleh kurangkan jika nangka itu manis isinya
secubit garam
Cara membuatnya....
1. Jerangkan 400 ml air ke dalam periuk bersama gula pasir dan daun pandan.
2. Apabila mendidih, masukkan santan, isi nangka dan sagu yang telah direndam tadi.
3. Kacau selalu.
4. Apabila sagu mulai jernih, masukkan secubit garam. Gaul rata dan tutup api.
Tadaaa......siap utk dimakan.... |
No comments:
Post a Comment