Semalam cik June ke Tesco Setia Alam, ayam panggang yang terjual lebih murah dari ayam mentah yang dijual sekor-sekor. Maka cik June ambil kesempatan membeli dua ekor ayam panggang. Nak diratah macam tu aje, bukan usianya barangkali. Jadi cik June jadikan ia santapan malam kami tiga beranak.
Kombinasi dari apa yang terdapat di rumah...maka terhasillah menu di atas ini...hehehe |
MIHUN SUP/SOTO...
Bahan-bahannya...
1 ekor ayam ~ cik June guna ayam panggang siap dibeli dari pasaraya Tesco
Taugeh ~ kalau rajin, buang ekornya
Kacang tanah goreng
Telur rebus ~ stok masa demam. Takut rosak maka direbus dijadikan bahan sampingan...
Daun bawang/daun sup
Sebungkus mihun ~ dicelur
Bahan utk membuat supnya...
1 peket rempah sup tulang
1 peket serbuk rempah sup
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 inci halia
Cara menyediakannya...
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar halus. Masukkan 1 peket rempah tumis sup tulang tadi. Masukkan pula serbuk rempah sup dan di gaul rata di dalam kuah tadi.
2. Biarkan ia merenih dan naik bau. Tambah air sebanyak mana kuah diperlukan.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam panggang yang dipotong ikut kegemaran masing-masing.
4. Biarkan kuahnya merenih di atas dapur.
5. Rasa asam garamnya. (Cik June tak letak asam keping atau sebagainya kerana semasa makan nanti, bolehlah diperah air asam limau di dalam sambal kicapnya).
Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang/sup apabila menghidang. |
Hasil kerajinan, kentang yang sudah hampir mahu tumbuh menjalar di dalam bakul itu, cik June rebus dan jadikan begedil kentang. Sesuai dimakan dengan mihun sup/soto ini bersama sambal kicap cili padi. Mak ai!! Makan sambil nanges-nanges....siksa betul!
Begedil kentang & sambal kicap cili padi. |
3 biji kentang ~ direbus hingga empuk. Siat kulitnya dan dilenyek halus.
3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat. Gaul ke dalam kentang lenyek. Renjiskan dengan sedikit lada sulah, garam dan daun bawang yang dihiris.
Bulat-bulatkan dan celup ke dalam telur yang dipukul sebelum menggorengnya dengan api yang sederhana panas.
Untuk sambal kicap...
segenggan cili padi dan beberapa biji bawang putih di kisar halus bersama sedikit garam, kicap dan gula.
Nampak sangat meriahkan? Moh ler ke dapur!
Nampak sangat meriahkan? Moh ler ke dapur!
No comments:
Post a Comment