Untuk anak-anak yang kehabisan gas memasak, cik June cadangkan buat kerabu aje. Memang senang...
cuci-cuci dan hiris-hiris sahaja. Resepi diperolehi dari dapur Secubit Garam. Boleh refer di sini.....
Cik June menggantikan kelapa parut yg digoreng dgn kerisik... |
Bahan yang diperlukan...
Kacang botol yag dicuci bersih dan dihiris nipis........ |
Bunga kantan, bawang merah, cili merah & limau kasturi.... |
Bunga kantan ~ dimayang
Bawang merah ~ dimayang
Cili merah/cili padi ~ ditumbuk atau dimayang
Limau kasturi ~ diperah airnya
sedikit kelapa parut yang digoreng tanpa minyak/kerisik
Cara menyediakannya....
Masukkan kesemua yang dimayang tadi ke dalam satu mangkuk besar.
Gaul rata dan rasa masam manisnya.
P/s: Tak ada ikan pekasam, cik June ganti dengan 1 senduk kecil cencalok yang sudah
ditoskan airnya. Jadi anak-anak tak payah letak garam jika menggunakan cencalok kerana ia sudah sedia masin.
Apa-apa ajelah....kan kita yang buat dia? Cubalah!
Practice Makes Perfect.
No comments:
Post a Comment